Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Raya!

Erm. Lupakan cerita budak kelas aku tu. Memang perangai aku macam tu. Cerita suka gantung2. Heheh. Nanti kalau ada mood nak story balik, aku sambung. ehehh.

Okayy. Cerita pasal harini pulak. Tadi last day sekolah sebelum cuti raya. Well, masa datang tu, tak ada lah benda yang menarik sangat berlaku. SPOTCHECK, SPOTCHECK, dann, SPOTCHECK. Pfft. Bosan gila. Mercun tak ada pun yang berjaya dirampas. Then, spotcheck tak menyeluruh. Ada segelintir budak yang tak kena pun. Selamat for free je. -.-

Pastu, jalan masuk kelas. On the way jalan tu, buat love kat kepala. Ermm. Pandai2 lah bayangkan. Joel tengok, aku senyum kat dia, then jerit nama dia. Dia gelak, then geleng2 kepala. Aku buat benda tu untuk Arrissa ngan Sera. Diorang tak layan, aku lari pergi kat Wan. Tanya pasal bunga api besi dia tu. Bla,bla,bla. Sampai kelas. Masa agama dah habis disebabkan spotcheck tu. Then, science. Pergi lab. belajar pasal Water Purification tu. Hmm. Chapter 5. Pandai2 lah cari. Neutralisation of water. Aku suka bab ni! AIRR! Hahaha. Then, banyak experiment. Bestt.

Habis, masuk kelas. SIVIK. Cikgu Hanida masuk betul2 dah habis masa. Sian dia. Kena settle kan kes mercun yang makin menjadi-jadi. Annoying gila siapa yang supply mercun dekat budak sekolah ni. Menyusahkan tahu tak?! Masa cikgu tak masuk, aku ngan aishah, conteng2 blackboard. Mula2 Ecah lukis gambar love. pastu aku padam setengah. Bahagian atas je yang tinggal. Then, benda tu membentuk bontot orang. Hahahahaha. Okayy. Agak kasar bahasa di situ. Sorry. Pastu, Ecah lukis rambut perempuan n lelaki macam tengah kiss. Lulz. BLUE tahap gila lah time tu. Pastu, conteng2. Dah conteng, padam pakai tangan. Aku acah nak lap tangan kat Ecah. Elak2, sampai lari keliling kelas. Pastu kutip semua habuk2 kapur, taburkan dekat kepala dia. Dan, membentuk dandruff. Haha. Kejam itu, aku. *kedip2mata* . Malas kacau dia, usik Sera. Aishah pukul aku dengan kad manila yang dah digulungkan Konon2 marah lah sebab aku usik Sera. Masa tu bincang Maths. Tanya Nat pasal tajuk Transformation dengan Coordinate. Pn Sakirah nak buat quiz. Then, aku lap tangan dekat tudung Sera. tak lah kotor sangat. Sebab sebelum tu aku dah lap dekat dinding.

Dah habis masa sivik, masa Maths. Buat quiz tu. Aku duduk sorang. So, tak ada kawan nak tiru. Haha. Elehh. Cikgu kata ni Exam memain je. Tapi aku jawab betul2 lah. Tak tahu betul ke tak apa yang aku jawab tu. Yang paling menyakitkan hati, tengah2 khusyuk menjawab tu, ada pulak hamba Allah yang tak bertanggungjawab pergi letupkan bom. Ehh. Bukan bom senanya, Mercun bola. Tapi, kesan letupan tu boleh membuatkan orang kena heart-attack.! Habis tu, rehat. Bagi pelajar moral jelah. Pelajar Islam, solat Zohor.

Selepas itu, seni. main lukis2. Aku ngan Sab main conteng2 tangan. haha. Sian meja tasnim, Kotor. takpa. Aku dah bersihkan. Aku baik. Ecehh. Hahaha. Sebelum tu, jumpa wan. Brainwash dia sikit. Heheh. Syamil, Aizat, Sabrina, kacau . Biasalah kan. Jelly cakap. Hahaha. Tak ada maknanya.

Masa BM, Cikgu Dewi masuk masa lagi 10 minit nak balik. Sementara cikgu cari budak2 yang main mercun tu, kitorang 'berperang' dalam kelas. hahh! Tadi. kurang ajar gila kot siapa yang baling mercun tu! Macam target Cikgu Dewi je. Aku tak tahu mana dia campak mercun tu. Tau2, je dah ada kat tingkat atas. Pfft. pekak kejap aku. Bodohnyaa. Ada akal tak nak pakai. Fikir pakai lutut. MENGONG! Fahmi kata, 'BASTARD!" . Hahaha. Aku gelak je. Masa cikgu takda tu, Low main pukul2 orang dengan surat khabar gulung dia tu. Aishah, Joel, Arif, jadi target dia. Perghh. sakit kot kena benda tu. Mula2, Sera datang. dia melutut. Mintak maaf. Aku maafkan. Pastu, satu kelas bermaaf-maafan. Comel je. haha. Masa aku datang melutut kat Sera, dia menjerit sebab terkejut. Haha. Sorry. Tak ada niat. Hehh. Mintak maaf kat dia. pastu, kat budak2 laki. Dan, perempuan. Azri, Aimin, Irwan, aku mintak halal choki2 yang diorang kasi tu. Terbit rasa sayu jauh di dasar hati ni. Hehhh. Ayatt. Hahaha. Serious. Sedih. Mana tahu aku pergi tak kembali ke? Insaf aku. 

dah habis tu, duduk kat tempat balik. Aishah datang, duduk kat tempat tasnim. Kitorang borak dengan budak laki kat belakang tempat aku. Fahmi, Azri, Hazril, Aimin, Zahfiq, and Irwan. Borak pasal kampung, and so on. Pastu gossip sikit ngan Aimin n Fahmi. Pasal ekhemm. Haha. Sorry ekhemm. Tak sengaja. Dah mintak maaf, pastu buat balik. Haha. Campak barang je pun. Paling tak boleh belah, cara Fahmi mintak maaf kat aku. Hahaha. Dia ikhlas memohon keampunan daripada aku tu. Ecehh. Ayat. Hahaha. Aimin, dia listkan semua kesalahan dia dulu, pastu listkan kesalahan aku. Banyak lah jugak. Mula2 serious. Lama2 dia gelak. Haha. Dia mana tahan serious lama2. Hobi dia kan senyum. Okay, ingin diterangkan disini, bahawasanya, aku tak buat benda2 yang terlebih dengan diorang. Cuma borak2 macam satu family. Best senanya borak ngan laki ni. Diorang banyak topik. Hoho. Tapi, tak banyak gossip lah. Semua tajuk umum. Nat, promote mercun dia. Tak habis2. Samalah dengan Wan. Siap ugut Zahfiq suruh beli mercun naga dia. Haha. Siapa tak nak untung kan?

Dan, tahu2 je, dah nak balik. huhu. Sedih. Takpe. Kalau panjang umur, boleh jumpa lagi. Insyaallah. Salam Cikgu, ucap SELAMAT HARI RAYA! . Cikgu tanya, balik mana, aku cakap Perak. Pastu cikgu kata, Ouhh, Peghok. Err. Bunyi dia lebih kuranglah. Perak kan ada slang dia sendiri. Aishah boleh pulak mengada-ngada. Haha. Aku gelak tak habis2. Satu hari dia ajak aku shopping. Pfft. Bak duit! Dengan gaya gediknya. Aishah hari ni memnag betul2 berubah. Tapi ngan kitorang jelah. Gila2 diaaa. Tak boleh nak describe. 

Keluar kelas, lari kat Zata, Shiera. peluk diorang. Mintak maaf. Zata cerita. Hmm. Sabar eh, wey? Then, peluk Krun. Mintak maaf jugak. Jerul setia menanti. Ehh. Kat tingkat bawah tu pun setia jugak. Haha. Sian dia kena tunggu lama. Tengok je. Dah habis bermaaf-maafan, turun, jalan dengan Wan. Dia tak habis2 cover muka. Tahulah comel. Jangan buat orang geram boleh kan? -.- . Settlekan masalah sikit, dann, dah sampai dekat gate belakang. Babai. "Assalamualaikum" , "Waalaikumusalam" *bow* . :)

So, berakhir lah sudah cerita aku disini. Dengan ini, aku nak ucapkan, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. KALAU ADA TERKASAR BAHASA DAN TERLANJUR BICARA, harap dimaafkan. Aku cuma manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Ampun maaf dipinta. :)

Bawah ni ada lagu raya and iklan raya yang aku rasa cukup menyentuh hati. Tak lupa jugak gambar raya.! Jangan lupa singgah kampung aku kalau rajin. Tak jauh. Perak darul Ridzwan je. Daerah Teluk Intan, area Sungai Manik. Parit 7B. Kalau rasa dekat, datanglah. *senyum nampak gigi*



# aku menangis tengok iklan nii. :'(

( Sorry. ada problem sikit nak masukkan lagu raya. Cari sendiri dekat youtube lah eh? Hehe. )

Sekian. Wassalam. 
- N  U  R  A  N  N  I  S  A     S  H  A  Z  L  E  E  N -

Friday 10 August 2012

Continue.

7. Muhammad Zahfiq Bin Zaihan Pang
Dia selalu perasan bagus! Kekadang naik menyampah jugak. Haha. Pastu, harta berharga bagi dia, rambut dia. Dengar cerita, dia couple dengan adik Raziq. Haha. Aku tak tahu sama ada cerita tu betul ke tak. Dia ada banyakkkkk perangai tak senonoh. Kekadang geram jugak. Rasa nak belasah dia tu sentiasa ada dalam hati. Dia, sekutu dengan Irwan, suka sendawa kuat2. Lepastu buat muka tak bersalah. At least, mintak maaf ke, okay lah jugak. Kalau dah penat tegur, aku just pandang slack je. Then buat muka. Haha. Zahfiq, penghuni tempat belakang aku. Menyebelahi Azri. Diorang banyakkkk mulut! Bising 24 hours. Sekarang ni dah nampak yang diorang tu sahabat sejati. Haha. Azri selalu backup Zahfiq bila aku marah dia. Dia cakap, "Biarlah, dia tak bersalah". Tak bersalah kepala mung. Sebab bersalah lah aku bising. -.- . Zahfiq ni, dia manja. Kuat berDRAMA. Dengan cikgu2 pun dia berdrama. Tak kira cikgu tu tengah marah ke, apa. Selamba badak dia je. Dia, tak ada nickname. Zahfiq jelah. Dan, dia suka senyum. Hehe. :D . Dan, inilah dia, muka innocent dia tu.


8. Muhammad Ashwad Bin Selamat
Mula2 dia pendiammmm sangattt. Duduk pun depan meja cikgu. Kerja selalu siap. Pakai kasut, sentiasa putih. Tie selalu ada. Lama2, semua dah bertentang arus dahh. Semua tu berlawan lah. Haha. Dia dah mula tunjuk belang. Kepohhh! Then, rapat dengan perempuan. Cepat moody, mengasingkan diri. Tak terlalu peramah. Emmm. Suka senyum jugak. Eh? Bila dia ada mood jelah. KUTT. Haha. Tak pasti sangat pasal dia ni. Angin selalu tukar2. Kekadang langsung tak faham. Dia tak addicted sangat dengan penutup botol ni. Tak pernah dengar dia menjerit. Dalam mulut dia ada jongkong bijih timah. Berat sangat mulut nak bercakap. -.- . Dulu, duduk depan dengan Irwan. Pastu, Irwan berhijrah. Aimin jadi pengganti. Then, semua pindah duduk belakang Low n Ariff. Dia duduk ngan Fahmi. Ntahlahh. Tak faham salasilah penghijrahan diorang. Banyak sangat pertukaran berlaku. Dann, inilah dia gerangan tuan empunya rupa yang diceritakan tadi. Dann, Nickname dia, ASWAD, AWAD, Tasnim panggil ACUWAD. 


9. Irwan Shah Bin Rosli
Inilah dia classmates first yang berjaya buat aku menangis. Haha. Mood tengah swing. Tasnim tak layan aku. Tengah baik2 duduk diam kat tempat aku buat origami, dia pergi kacau. Then botol pink jatuh, calar. Aku nangis. Benda tak serious pun. Cuma terkilan lah. Mama kasi elok2 botol tu, then tetiba calar teruk. Mana tak sedih. Haha. Dah, lupakan. Dia baik, funny, happy go lucky, periang, peramah, suka main penutup botol, semangattt! Aku tengok je. Dia suka menyendiri. Duduk pun sorang2 je. Sian. F O R E V E R A L O N E. Haha. Maaf. Tak lah forever sangat. Kekadang tu ada juga dia lepak kat belakang. Nickname dia, IWAN. Aku lagi okay dengan dia yang dulu. Budak nerd, spec putih. Haha. Dan, semestinya rambut nipis. Panjang2 nii. Umm. Heheh. kay, ni dia orangnya. Dia tak suka gambarnya diambil orang. so, dapat tepi jelah. :)


10. Aimin Aizat Bin Abdul Aziz
Hahhh. Dia ni! Haha. Setiap kali cakap dengan dia, mesti teringatkan dekat Aiman. (cousin aku) . Suara lembut diaa. Sama je dengan suara lembut Aiman. Tak lah sebijik. Lebih kurang. Dia couple dengan Amirah Sabrina. Tak tahu still lagi ke, dah putus. Aku tak pernah tengok muka serious dia. Hahh! Dia ni lah yang banyak senyum! Cikgu marah pun, senyum je. Aku bising, lagilah. Senyum jeeeee. Memang kuat senyum agaknya dia ni. Haha. ta pe, senyum itu sedekah. Dia peramahh. Selalu tegur aku. n budak2 lain lah. Diaa, aku tak tahu sangat apa special abilities dia. Cuma tahu dia punya sifat luaran je. Then, dia jadi pengerusi KELAB AGAMA ISLAM. Wuuu. Dashat an? Alim lah jugak. Tak rapat dengan perempuan sangat. Untung Amirah. Haha.! Nick name diaaa, MIN. Tu jelah. Then, dia kalau malas betul nak buat sesuatu kerja tu, memang teramatlah malas dia buat. Dia duduk dalam kelas macam duduk dekat kedai kopi. Pak cik2 yang bersembang kat warung2 kopi ni kan selalunya letak kaki kat atas kerusi. alahhh. Macam mana nak terangkan.. Satu kaki je dia angkat. Dia letak sama paras dengan bahu dia, then, buat kerja sambil duduk macam tu. Muka tak nak selamba lagi. haha. Gambar diaaa. Emm. Cari kat gambar TASNIM tadi. Dia ada menyelit sekali kat situ. ;)

11. Muhammad Azri
Maaf. Tapi aku memang lupa nama bapak dia. Hehe. Diaaaa niii, alim gak lah. Cakap dengan perempuan tak pernah tenung perempuan tu lama2. Serious. Setakat ni aku tak pernah nampak lagi dia tenung mana2 perempuan lama2 masa bercakap. Wuu. Bagus, bagus. Iman kuat. Haha. Dia pun periang jugak. takat ni tak pernah tengok dia mengamuk dengan mana2 classmates aku yang lain. Cool je. Dia duduk sebelah Zahfiq, belakang Tasnim. Sekarang ni, dia dah tunjukkan yang dia gila CEPER. Aku tak tahu apa yang best sangat pasal permainan tutup botol kicap tu. (eleh, cakap jelah senanya kau tak reti main, Nisa. Setakat timbang2, AUS jauh lagi better. Haha). Dia rajin. Jarang nampak dia tak siap kerja. Emm. Yang subjek ciku baik2 tu, tak lah complete sangat. Haha. Suara dia besar. Tak garau. Cuma besar je. Dia ada lesung pipittt! Bila dia senyum, nampak lah lesung pipit tu. Nickname diaa. Azri jelah. Dan, ini dia manusianya. 


12. Mohammad Hazril Bin Zainal
Dia selamba, lawak, kitorang anggap dia perempuan. Haha. Aset bernilai dia, BIBIR diaa. Sexayyy! Haha. Angelina Jolie versi lelaki gitu. Tapi dia punya lagi meletup lah. Haha! Aku tak rapat dengan diaa sangat. Dia tak rapat dengan perempuan pun. Perangai ala2 kanak2 riang ria ribena. Suka main lari2. Lepastu, acah2 orang. Sumpah macam budak2 lah. Then, melawak tak kena tempat. Tak selalu. Tapi, sikap selamba dia tu membuatkan orang ketawa. Ada budak form 1 usha dia masa dia khusyuk solatt. Sambil tu, budak tu jerit, "Eh handsomenya Abang Hazril khusyuk solattt! Suami aku tuuu." Errr. Aku stone bila dengar budak tu cakap macam tu. Ahaha. Dengan dia yang terhendap-hendap dekat tingkap surau macam pencuri. Then cakap pulak macam tu. Hahaha. last2 tu aku senyum je. Sebab budak tu pun comell. Nama diaa. Ekhemm. Haha. Rahsiaa. Dan, inilah dia. Hazril.


13. Muhammad Fahmi Bin Khairul Nahar
Panggil dia KN je. Haha. Itu nama apak dia. Dia suka buat apa yang dia nak buat tanpa memikirkan akibatnya. Selamba badak dia je lah dia nak buat apa. Beg dia kecik je. Aku tak tahu dia bawak buku apa. Padahal jadual padat kot! 6 subjek, dua hari. Tak ke gila tu? Thenn, yang paling aku geram dengan dia niii, dalam kelas tak adalah terror mana. Tapi bila exam, AMIK KAU! Kaw, kaw punya markah exam. Tasnim nak pinjam otak dia. Ahaha. Aku nak amik terus kepandaian dia. Gilaaa. Yang aku tahu, dia minat Maths. Dia pandai maths lah. Tapi result tak lah cemerlang mana. Cuma, A jelah. Tapi okaylah jugak tu kann. Nickname dia, PAHMIE, AMIE, MIEMIE. Ahaha. Tiga2 tu aku yang panggil. Kisah pulak kalau dia marah. Hehhh. Dan, ini dia.




Thursday 9 August 2012

2 I B N U S I N A . .

Pada awal tahun 2012, apabila melihat muka2 baru dalam kelas Sina, alahaiiii. Muka semua nerdy2 je. Macam tak best je kelas ni. -.-

Tulah orang kata, "Don't judge a book by its cover". Heheh. Mula2 tu, tak dinafikan, budak lelaki kebanyakkannya pendiam n sangatlahhhhh nerd! Terutama sekali Irwan Shah. Dengan spec putihnya, seluar besarnya, rambut tersisir rapi, tie ketat2 kat leher, butang sampai atas. Haha. Dengan muka dia yang sumpah tak matang gila. Tapi, dia comel senanya. Hehh. First, masa aku nampak dia menangis sebab Zahfiq buat dia tu, aku dapat rasakan yang diaa niiii, memang betul tak matang. Haha. Jahat an aku? Biasa. *muka poyo*

Dah nak masuk petengahan tahun, dah mula best sikit. Budak lelaki dah start tunjuk belang. Tak siap homework dah lazim dengan pelajar sekarang. Then, tie dah start tak pakai. Baju dah keluar. Rambut dah start serabai. Bagai2 ah. Pening aku.

Dalam kelas tu, ada 35 pelajar. Tapi 2 dah pindah. Soon Yu Xuan n Hidayah Nizam. Waaaa! Rindu mereka! :'( . So, tinggallah 33. Nak men describe mereka kesemuanya. Kalau rasa, ada crush korang termasuk dalam kelas ni, bacalah. Haha. Kalau tak, tak payah pun tidak mengapa. ;)

1. Joel Jacob Baby. 
Ahaaa. Comel an nama dia? Hoho. Dia famous sebab kening dia. "HIDUP KENING!" Hahahaha! Dia rajin, biasalah, dah pegang jawatan Ketua kan? Takkan nak malas2 pulak. Dia ni kekadang gila2 jugak. Dia pernah baling penutup botol dekat Puan Norliza masa dia buat pemantauan masa Puan Dewi mengajar. Naughty boyyy! Hahaha! Duduk sebelah Lim Jia Le. Nickname dia, Joel je. Ini gambar dia. Manis orangnya bukan? Haha! :D


2. Shavinder Kaur
Aww. Our lovely Penolong Kelas. She's pretty! Awesome! And currently a Beliebers. Haha. She washes her hair everyday. Dia duduk sebelah Aishah. Nickname, SHAVIE. Dia selalu tak datang. Tak tahu apa masalah dia. Haha. 

3. Tasnim Asyiqin Tarmizi
Diaaaaaaa. Terlalu banyak ke- awesome man dia! Tak tahu nak describe mana satu. Dia chubby! Dan, itu comel! Dulu suka belasah aku sampai lebam badan. Sekarang, taubat dah kut. Haha. Suka peluk diaa! Then, dia banyak cakap. Macam buntut ayam. Haha. Bahasa yang lebih sedap sikit, Bagai murai tercabut ekor. peribahasa gitu. Haha! Sampai masa cikgu tengah sibuk bagi explaination pun dia sibuk nak bercakap dengan aku. Dia, merupakan kawan sebelah aku. Tapi semenjak Sabrina dah berhijrah duduk kat belakang, dia selalu lepak sana bila aku tak layan dia. Hehe. Aku cakap masa ada mood je. Dia punya description banyak sangat! Aku ringkaskan je lah. Dia suka menyanyi. Bila aku sibuk nak join, dia cakap, "kau tak layak nak menyanyi sekali!" . Elehh. Tahulah suara aku sedap. Hoho. Dia sama macam Shavie, Beliebers. Nickname dia, ANEEM, TACENIM, CHIKIN. Dan, ini muka dia.


4. Nur Sabrina Binti Saiful Anuar
Suka cakap kuat2. Suka buli Eli. Suka ganas2. Duduk sebelah Hidayah kemudian berpindah ke belakang dan duduk sebelah Eliana. Nickname, SABBY, SAB. Dia Lesbie sejati aku. Haha! Diaaa, comel! Dia suka kiss aku. ekhemm. Kiss tudung. kami tak segila itu. Pastu aku cium kepala dia. Haha. Berkasih sayang sesama manusia. Tidak mengapa. ;) Sabrina, yang berdiri dekat tengah2 tu. Comel an?



5. Aishah Ibrahim Warda
Nickname dia yang aku panggil : ECAH. Mula2 dia tak suka. Lama2, dia okay je. Haha. Dia cantik! Dia baby aku.! Jangan curi! *muka serious*. Haha. Dia selalu lepak dengan Low, Ariff, Lim. Dia baik, tak sopan santun, kebanyakkannya, dia suka menyendiri, dia rajin, anak emas cikgu. Biasalah, KETUA PENGAWAS. Kalau dia rajin, dia share problems dia ngan aku. *muka budget* . Mwehehe. Kekadang bila tiba mood gila dia tu, memang gila betul. jadi budak2 lah. Tapi serious comel! Emm, aku suka peluk dia jugak! Sebab dia tinggi.! Besttt! Hoho. Sambil peluk, panggil dia baby. Haha. Sweet bukan? *kelip2mata*



6. Natasha Azwa Binti Safri
Dia cikgu Maths aku. Dia ajar, kekadang lari bertentangan dengan apa yang cikgu ajar. Tapi aku faham. Kalau datang angin blur aku tu, 10 kali dia explain, sepuluh kali jugaklah aku cakap, "tak fahammmmm!" . Pastu dia dengan sabar, ulang balik apa yang dia ajar tu sampai aku faham betul2. Tengokk! Nilah lah ciri2 Cikgu yan baikk! Hehe. Muahh! Sayang Nat! Kitorang panggil dia sotong. Sebabb. Hahahaha! Adalah. Biarlah rahsia. Senanya dia Nasi Goreng. Antara aku, hidayah, sera, nat, eli, wan, arrissa, kitorang ada nama makanan. Haha. Aku nasi lemak. Wahahaha! Jangan fikir lain! Nat, kawan sejati Wan. Dia duduk sebelah Wan. Dia suka buat lawak. Tapi dia suka panggil aku Mak Cik PINK. Polak je. pastu dia selalu tegur buku aku tak berbalut. Almaklumlah. AHLI SPBT kann. haha. Nickname dia, NAT, SOTONG, NASI GORENG. Dia tak suka bila aku menggatal dengan dia. Haha. Dia akan kata, "Aku bukan Les!" . Lepastu halau aku. Haha. Aku lagi menggatal adalah. Dah penat, dia diam je. Mwehehehe.

#okay, esok sambung balik. nak buat homework. ;) . MMMMMMUUUUAHHHH!

A   S   S   A   L   A   M   U   A   L   A   I   K   U   M   .   .   .

Wednesday 8 August 2012

hati seorang wanita.

hmm. semua orang dah tahu, perempuan ni hati dia lembut. kan? tak kira sekasar mana pun dia, jauh di sudut hati dia tetap ada rasa terasa n sedih tu. kadang2 tanpa tahu punca yang sebenar, perempuan dengan mudahnya akan mengalirkan air mata. macam aku sekarang. haha. 

selalunya, perempuan selalu menangis sebab lelaki. tapi lelaki ada ke menangis pasal perempuan? maybe ada. tapi tak semua. yah. perempuan selalu dikecewakan lelaki. 'kenapa dia buat aku macam tu?!", "kenapa dia tak pernah faham aku?!" , "apa salah aku sampai dia buat aku macam ni?!" . selalunya diorang cakap kat kawan diorang. sambil teresak-esak tu, diorang bercerita. ada sesetengah yang lebih suka pendam benda tu sampai dah berkulat or jadi pickles baru nak buka.

Jerul kata, "hati perempuan ni macam tisu. senang terkoyak." . haha. okay,, betul, memang betul. but tak 100% lah. ada yang macam kertas kadbod. haha. kay, tu aku punya perumpamaan. kay, tak pernah dengar? pernahkan. haha. memang ada yang lembut gila macam tisu yang jerul cakap tu. tapi ada gak yang macam kadbod. benda dia sama je. last2 koyak gak. cuma jenis ketebalan dia tu. means, kalau hati perempuan tu sememangnya lembut macam tisu tu, cepatlah dia terasa. dan begitulah sebaliknya. 

kekadang, benda yang dirasakan tak logik untuk diterasakan pun boleh jadi gak. perempuan ni,,, dia,, special tahu tak? ahaha. aku sendiri baru tahu. sebab baru mengalaminya. baru ke? emm. barulah juga. since aku layan kematangan aku nilah, aku mengalami benda2 macam ni. kalau aku tak layan kematangan aku, memang sampai bila2 lah tak rasa. anyway, rasa ni menyakitkan. yaaaa. sangat2 menyakitkan. rasa terkongkong tu baru aku tahu. benda tu sangatlah tak best. nak berkawan dengan someone yang kita dah rapat. then, kita kena buang orang tu semata-mata tak nak dia patah hati. aku menangis tahu? aku tak pernah buang sesiapa dalam hidup aku macam tuje. lagi2 dia baik gila dengan kita. then, tetiba tanpa sebab, kita dump dia tanpa belas kasihan. wajarkah itu terjadi?

okay, a bit personal termasuk sini. ampun. hmm. kekadang perempuan ni BENCI dikongkong. lagi2 bila dia tak pernah dikongkong dengan mak bapak. pastu orang yang tak related, pergi kongkong dia. terasaa. hmm. siapa pernah rasa? meh share. haha.

anyway, perempuan n lelaki lebih kurang je. cuma material hati yang membezakan. lelaki kuat sikit kut daripada perempuan. ekau jangan nak membongak dengan mengatakan yang ekau tak pornah layi menangis. nampak benar bongak eh. lelaki, se ego mana pun dia, se besi mana pun dia, dia tetap mempunyai suatu perasaan halus. walaupun tak sehalus wanita. tapi tetap ada. ada gak nanti perasaan nak menangis tu. cuma belum sampai seru. ecece. hahaha. okayy.

sampai sini dulu warkah ber type mengunakan warna pink yang akan memeningkan segelintir orang untuk membacanya. tujuan? sajaaaa. weheee. aku kan budak2. cehh. LOL!

A S S A L A M U A L A I K U M  . . .

Tuesday 7 August 2012

Takut - Amalia Alias



Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu
Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku
Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini
Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini
Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku
Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini
Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

#lagu ni, Tasnim suruh aku dengar. n, aku addicted. Hoho. Btw, suara dia sedap!

P~L~A~Y~B~O~Y~Z~

Okay. Aku gagahkan jugak diri ni untuk buat post pasal PB tu. Senanya teramatlah malas nak buat apa2 post. Haihh. Hmm. PB ni ada banyak jenis. So, mari kita tengok jenis2 n contoh2 dia. *ni teori aku je, n apa yang aku nampak pada masyarakat zaman kini*

  • Lelaki yang frust sebab dikecewakan oleh cinta pertama. *ayattt*
Lelaki jenis ni, maybe serik disakiti oleh perempuan yang dia sangat lah sayang. Kira macam CINTA PERTAMA dialah. So, dari pengalaman tu, dia conclude kan semua perempuan dalam muka bumi ni, player. Lepastu, dia pun mulalah, jadi BUAYA DARAT. Perempuan keliling pinggang. Tapi, dia anggap perempuan2 ni buat hiburan je. Dia tak ambik sebagai isteri. *pengaruh novel*

  • Lelaki yang sememangnya dilahirkan untuk jadi BUAYA TEMBAGA ni.
Haha. Ayat macam tak logik je. Tak pe,logikkan. Jenis macam ni baik senanya. Dia pun nak ada pasangan yang setia. Cuma, dia tak berusaha nak dapatkan yang setia. Kalau dah dapat pun, dia sia2 kan. Then, baru nak menyesal seumur hidup. Haha. BODOHNYALAH perangai macam ni. Tak ada pegangan punya manusia.

  • Lelaki yang terpengaruh dengan kawan untuk jadi macam ni.
Okayy. Lelaki macam ni, memanglah bangla campur keling. So, equal to, bangling. Uhh? Asal weird sangat nama? Haha. Okay, whatever. Mereka berkemungkinan besar jelly akan sahabat mereka yang sedang sweet bercouple. Then, dia main tarik je sesiapa untuk jadi GF dia. Then, dia bosan, dia tinggalkan, cari someone yang lebih menarik untuk dijadikan pengganti GF lama yang membosankan ni. Nampak tak permainan dia kat situ? Haha. Tak nampak? Okay, aku nampakkan. Dia pilih perempuan ni main serkap jarang je. So, dah tentu2 lah dia tak ada perasaan kat perempuan ni. Then, bila dah bosan, yelah, tak ada perasaan kan? Bila dah bosan, dia cari perempuan lain yang agak best sikit. Haha. Jangan fikir benda lain.!

#Hmmm. Ada banyak lagi. Cuma, akal aku cuma berfikir sampai sini je. N, conclusion aku, baik lelaki, baik perempuan, dua2 sama je.. Cuma perempuan tu, ada yang kaki kikis tu, lain macam lah sikit. Lelaki pun ada gak, kaki kikis. Tapi tak setaraf perempuan. Cehh ayat. Haha. Okay. bye. ;)


[ Aku addict dengan vid nii! Comel sangat! Btw, tak ada kena mengena dengan tajuk diatas. ]

Monday 6 August 2012

Urghhhh!

Sangat memerlukan seseorang yang pandai mendengar saat ni. SANGAT2 memerlukan! Irsyad, aku perlukan sokongan moral kauu. Haihh. Aku tak tahu apa yang melanda aku sekarang ni. Yang pastinya, masalah orang lain. Masalah orang lain, aku yang kusut. Haihh. Just hoping that this will be over soon. Yahh. Really hoping for that. aku benci perasaan ni! -.-

Aku nak TASNIM ASYIQIN TARMIZI!!!!!!!!! Tasnimmm! Kalau aku call kau, kau jawab tak? Weyy. Aku rasa nak tendang LOW. Apa kena mengena LOW pulak ni? huhh. Tak sukalah. Kalau aku jadi Abang Fariq, aku diam je. Tak pun, sound directly sampai orang tu tersentap habis. Aku harap dia cepat besar n cepat jumpa Mr.Right dia yang boleh membuatkan dia berubah. Gila lahh. Apa nii. Problem ngan dia, number aku yang jadi mangsa. 

Ingat aku ni kaunter pertanyaan ke? Memang, memang pun. Aku pakai phone semata-mata jadi number pertanyaan. -.-

Lahaii. Esok raya ke? Whoahh! Best gila! Tapi, baju kurung aku, mana beli lagi. Err. Okay, merepek dah. Huh. Dah lah. 

B     Y     E     !     !


#gambarnitakadakenamengena.dah,tuje.