Erm. Lupakan cerita budak kelas aku tu. Memang perangai aku macam tu. Cerita suka gantung2. Heheh. Nanti kalau ada mood nak story balik, aku sambung. ehehh.
Okayy. Cerita pasal harini pulak. Tadi last day sekolah sebelum cuti raya. Well, masa datang tu, tak ada lah benda yang menarik sangat berlaku. SPOTCHECK, SPOTCHECK, dann, SPOTCHECK. Pfft. Bosan gila. Mercun tak ada pun yang berjaya dirampas. Then, spotcheck tak menyeluruh. Ada segelintir budak yang tak kena pun. Selamat for free je. -.-
Pastu, jalan masuk kelas. On the way jalan tu, buat love kat kepala. Ermm. Pandai2 lah bayangkan. Joel tengok, aku senyum kat dia, then jerit nama dia. Dia gelak, then geleng2 kepala. Aku buat benda tu untuk Arrissa ngan Sera. Diorang tak layan, aku lari pergi kat Wan. Tanya pasal bunga api besi dia tu. Bla,bla,bla. Sampai kelas. Masa agama dah habis disebabkan spotcheck tu. Then, science. Pergi lab. belajar pasal Water Purification tu. Hmm. Chapter 5. Pandai2 lah cari. Neutralisation of water. Aku suka bab ni! AIRR! Hahaha. Then, banyak experiment. Bestt.
Habis, masuk kelas. SIVIK. Cikgu Hanida masuk betul2 dah habis masa. Sian dia. Kena settle kan kes mercun yang makin menjadi-jadi. Annoying gila siapa yang supply mercun dekat budak sekolah ni. Menyusahkan tahu tak?! Masa cikgu tak masuk, aku ngan aishah, conteng2 blackboard. Mula2 Ecah lukis gambar love. pastu aku padam setengah. Bahagian atas je yang tinggal. Then, benda tu membentuk bontot orang. Hahahahaha. Okayy. Agak kasar bahasa di situ. Sorry. Pastu, Ecah lukis rambut perempuan n lelaki macam tengah kiss. Lulz. BLUE tahap gila lah time tu. Pastu, conteng2. Dah conteng, padam pakai tangan. Aku acah nak lap tangan kat Ecah. Elak2, sampai lari keliling kelas. Pastu kutip semua habuk2 kapur, taburkan dekat kepala dia. Dan, membentuk dandruff. Haha. Kejam itu, aku. *kedip2mata* . Malas kacau dia, usik Sera. Aishah pukul aku dengan kad manila yang dah digulungkan Konon2 marah lah sebab aku usik Sera. Masa tu bincang Maths. Tanya Nat pasal tajuk Transformation dengan Coordinate. Pn Sakirah nak buat quiz. Then, aku lap tangan dekat tudung Sera. tak lah kotor sangat. Sebab sebelum tu aku dah lap dekat dinding.
Dah habis masa sivik, masa Maths. Buat quiz tu. Aku duduk sorang. So, tak ada kawan nak tiru. Haha. Elehh. Cikgu kata ni Exam memain je. Tapi aku jawab betul2 lah. Tak tahu betul ke tak apa yang aku jawab tu. Yang paling menyakitkan hati, tengah2 khusyuk menjawab tu, ada pulak hamba Allah yang tak bertanggungjawab pergi letupkan bom. Ehh. Bukan bom senanya, Mercun bola. Tapi, kesan letupan tu boleh membuatkan orang kena heart-attack.! Habis tu, rehat. Bagi pelajar moral jelah. Pelajar Islam, solat Zohor.
Selepas itu, seni. main lukis2. Aku ngan Sab main conteng2 tangan. haha. Sian meja tasnim, Kotor. takpa. Aku dah bersihkan. Aku baik. Ecehh. Hahaha. Sebelum tu, jumpa wan. Brainwash dia sikit. Heheh. Syamil, Aizat, Sabrina, kacau . Biasalah kan. Jelly cakap. Hahaha. Tak ada maknanya.
Masa BM, Cikgu Dewi masuk masa lagi 10 minit nak balik. Sementara cikgu cari budak2 yang main mercun tu, kitorang 'berperang' dalam kelas. hahh! Tadi. kurang ajar gila kot siapa yang baling mercun tu! Macam target Cikgu Dewi je. Aku tak tahu mana dia campak mercun tu. Tau2, je dah ada kat tingkat atas. Pfft. pekak kejap aku. Bodohnyaa. Ada akal tak nak pakai. Fikir pakai lutut. MENGONG! Fahmi kata, 'BASTARD!" . Hahaha. Aku gelak je. Masa cikgu takda tu, Low main pukul2 orang dengan surat khabar gulung dia tu. Aishah, Joel, Arif, jadi target dia. Perghh. sakit kot kena benda tu. Mula2, Sera datang. dia melutut. Mintak maaf. Aku maafkan. Pastu, satu kelas bermaaf-maafan. Comel je. haha. Masa aku datang melutut kat Sera, dia menjerit sebab terkejut. Haha. Sorry. Tak ada niat. Hehh. Mintak maaf kat dia. pastu, kat budak2 laki. Dan, perempuan. Azri, Aimin, Irwan, aku mintak halal choki2 yang diorang kasi tu. Terbit rasa sayu jauh di dasar hati ni. Hehhh. Ayatt. Hahaha. Serious. Sedih. Mana tahu aku pergi tak kembali ke? Insaf aku.
dah habis tu, duduk kat tempat balik. Aishah datang, duduk kat tempat tasnim. Kitorang borak dengan budak laki kat belakang tempat aku. Fahmi, Azri, Hazril, Aimin, Zahfiq, and Irwan. Borak pasal kampung, and so on. Pastu gossip sikit ngan Aimin n Fahmi. Pasal ekhemm. Haha. Sorry ekhemm. Tak sengaja. Dah mintak maaf, pastu buat balik. Haha. Campak barang je pun. Paling tak boleh belah, cara Fahmi mintak maaf kat aku. Hahaha. Dia ikhlas memohon keampunan daripada aku tu. Ecehh. Ayat. Hahaha. Aimin, dia listkan semua kesalahan dia dulu, pastu listkan kesalahan aku. Banyak lah jugak. Mula2 serious. Lama2 dia gelak. Haha. Dia mana tahan serious lama2. Hobi dia kan senyum. Okay, ingin diterangkan disini, bahawasanya, aku tak buat benda2 yang terlebih dengan diorang. Cuma borak2 macam satu family. Best senanya borak ngan laki ni. Diorang banyak topik. Hoho. Tapi, tak banyak gossip lah. Semua tajuk umum. Nat, promote mercun dia. Tak habis2. Samalah dengan Wan. Siap ugut Zahfiq suruh beli mercun naga dia. Haha. Siapa tak nak untung kan?
Dan, tahu2 je, dah nak balik. huhu. Sedih. Takpe. Kalau panjang umur, boleh jumpa lagi. Insyaallah. Salam Cikgu, ucap SELAMAT HARI RAYA! . Cikgu tanya, balik mana, aku cakap Perak. Pastu cikgu kata, Ouhh, Peghok. Err. Bunyi dia lebih kuranglah. Perak kan ada slang dia sendiri. Aishah boleh pulak mengada-ngada. Haha. Aku gelak tak habis2. Satu hari dia ajak aku shopping. Pfft. Bak duit! Dengan gaya gediknya. Aishah hari ni memnag betul2 berubah. Tapi ngan kitorang jelah. Gila2 diaaa. Tak boleh nak describe.
Keluar kelas, lari kat Zata, Shiera. peluk diorang. Mintak maaf. Zata cerita. Hmm. Sabar eh, wey? Then, peluk Krun. Mintak maaf jugak. Jerul setia menanti. Ehh. Kat tingkat bawah tu pun setia jugak. Haha. Sian dia kena tunggu lama. Tengok je. Dah habis bermaaf-maafan, turun, jalan dengan Wan. Dia tak habis2 cover muka. Tahulah comel. Jangan buat orang geram boleh kan? -.- . Settlekan masalah sikit, dann, dah sampai dekat gate belakang. Babai. "Assalamualaikum" , "Waalaikumusalam" *bow* . :)
So, berakhir lah sudah cerita aku disini. Dengan ini, aku nak ucapkan, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. KALAU ADA TERKASAR BAHASA DAN TERLANJUR BICARA, harap dimaafkan. Aku cuma manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Ampun maaf dipinta. :)
Bawah ni ada lagu raya and iklan raya yang aku rasa cukup menyentuh hati. Tak lupa jugak gambar raya.! Jangan lupa singgah kampung aku kalau rajin. Tak jauh. Perak darul Ridzwan je. Daerah Teluk Intan, area Sungai Manik. Parit 7B. Kalau rasa dekat, datanglah. *senyum nampak gigi*
# aku menangis tengok iklan nii. :'(
( Sorry. ada problem sikit nak masukkan lagu raya. Cari sendiri dekat youtube lah eh? Hehe. )
Sekian. Wassalam.
- N U R A N N I S A S H A Z L E E N -